§ KECEDERAAN
TISU LEMBUT
Tisu
lembut dalam badan merangkumi kulit, salur darah, saraf otot, tendon, ligament,
kelenjar dan lapisan yang melindungi organ-organ dalam tubuh. Kekejangan otot
adalah kesakitan yang dialami pada otot-otot besar. Keadaan ini disebabkan
mekanisma penguncupan otot agonis-antigonis yang tidak seiring dan berlaku
dalam jangka masa yang lama. Faktor utama yang menyebabkan kekejangan otot
dehidrasi, kelesuan kronik dan hentakan atau pukulan keatas otot-otot. Kekejangan
otot boleh diatasi secara melakukan regangan statik. Sekiranya kesakitan masih
berterusan, hentikan regangan dan tamatkan perlakuan aktiviti kerana otot tersebut
boleh mengalami kecederaan lain akibat komplikasi.
§
KETEGANGAN
OTOT
Ketegangan
otot berlaku apabila fiber-fiber otot mengalami kecederaan. Ketegangan otot
adalah hasil mekanisme badan melindungi otot-otot tersebut daripada kecederaan yang
lebih kronik. Otot hamstring ialah otot yang kerap mengalami kekejangan. Ketegangan
biasanya melibatkan koyakan pada fiber otot. Ketegangan otot yang ringan mengakibatkan
kesakitan yang amat sangat jika terus bergerak aktif. Ketegangan yang lebih
serius boleh mengakibatkan pendarahan dalam sehingga kita langsung tidak dapat menggerakkan
bahagian anggota yang mengalami ketegangan tersebut.
§
SENGAL
OTOT
Sengal
otot ialah fenomena biasa yang dialami jika kita melakukan aktiviti fizikal
berintensiti tinggi ketika tahap kecergasan masih rendah. Kencederungan
mengalami sengal otot berkadar terus dengan faktor umur. Menifestasi sengal
otot ialah kesakitan yang keterlaluan, diikuti dengan kelesuan. Keadaan ini
boleh dialami sejurus melakukan aktiviti fizikal. Rasa salit ini boleh
tertangguh sehingga selepas 12 jam melakukan aktiviti fizikal. Sengal otot
berlaku disebabkan koyakan kecil pada fiber otot, dan sebagai sampingan akibat
kekurangan bekalan oksigen ke otot semasa beraktiviti. Kecederaan ini dapat
dielakkan dengan melakukan aktiviti pada intensiti yang bersesuaian dengan
tahap kecergasan individu.
§ LUKA
Boleh
melibatkan kecederaan di peringkat luar kulit dan dalam (dihiris atau dipotong oleh
tulang yang patah) kulit. Jenis-jenis luka terdiri daripada abrasi (cakaran
pada permukaan kulit) potongan (terkena objek tajam) dan tebukan ( ditebuk oleh
objek yang tajam seperti paku) luka tebukan adalah dalam dan boleh
mengakibatkan kerosakan salur darah yang serius. Pemerhatian kepada
langkah-langkah keselamatan semasa beraktiviti adalah cara terbaik untuk
memelihara diri daripada mengalami luka.
§ LEBAM
AKIBAT KONTUSI
Kontusi
merujuk kepada hentakan terus objek ke atas permukaan luar atau tisu anggota. Sekiranya
hentakan kuat, kapilari darah boleh pecah dan darah terkumpul ditempat hentakan
itu. Warna biru gelap akan terbentuk di kawasan kulit sebagai tanda pendarahan
dalam yang berlaku. Sekiranya tempat yang sama menerima hentakan berulang kali,
menandakan kalsium akan terbentuk di kawasan tersebut. Struktur anggota yang
terlibat kelak menemui kesukaran untuk bergerak. Kaedah pencegahan kontusi yang
berkesan ialah secara melindungi bahagian-bahagian berisiko tinggi dengan
penggunaan pad seperti di siku dan lutut.
§ KECEDERAAN
TISU KERAS
Tisu
keras melibatkan semua tulang dan sendi badan. Fraktur tulang biasanya disebabkan
oleh stress yang tinggi dialami tulang tersebut. Tulang panjang, seperti humerus
dan femur boleh mengambil masa lebih kurang 6 minggu untuk sembuh daripada
fraktur. Sementara rulang-tulang kecil memerlukan tempoh untuk 3-4 minggu untuk
sembuh. Kaedah simen adalah teknik rawatan yang biasa untuk mengelakkan mobiliti
pada tulang yang mengalami fraktur. Sebaik berakhir rawatan simen atau plaster,
bahagian tulang yang telah sembuh perlu diaplikasikan latihan beban isometrik
bagi tujuan rehabilitasi.
§ DISLOKASI
Dislokasi
berlaku apabila hujung tulang yang membentuk sendi tercabut atau terkeluar daripada
tempat lekatannya. Tisu-tisu lembut seperti otot, ligament, tendon dan salur darah
akan mengalami kecederaan apabila dislokasi berlaku. Kecederaan ini sering berlaku
di bahagian sendi bahu. Rehat aktif digalakkan bagi atlet yang mengalami kecederaan
ini. Tahap kecergasan yang tinggi serta penguasaan teknik kemahiran yang mantap
adalah kaedah pencegahan dislokasi yang paling berkesan.
§ KECEDERAAN
KEPALA
Konkusi
berlaku apabila atlet mengalami hentakan di bahagian kepala. Kecederaan ini menyebabkan
trauma otak dan koma bagi kes-kes yang kronik. Konkusi biasanya berlaku dalam
sukan kontak seperti ragbi, bola sepak, tinju dan sukan-sukan tempur. Atlet
yang mengalami konkusi biasanya mempamer simtom loya dan hilang imbangan seketika.
Dalam keadaan tertentu, amnesia (hilang ingatan) boleh berlaku untuk tempoh yang
singkat. Selain pengsan, tanda-tanda fizikal konkusi biasanya tidak jelas
kelihatan dan mangsa mesti dirujuk kepada pakar perubatan dengan kadar segera.
Atlet yang mengalami konkusi mesti direhatkan untuk satu tempoh spesifik yang
ditetapkan atas nasihat pakar perubatan. Konkusi turut di kelaskan sebagai
kemalangan. Oleh itu, perhatian maksimum terhadap langkah-langkah keselamatan
semasa bersukan adalah langkah pencegahan yang paling berkesan.
No comments:
Post a Comment