#navbar-iframe { height:0px; visibility:hidden; display:none }

Tuesday 21 May 2013

Kecederaan Oral & Maksilofasial


Pengenalan
Kecederaan oral ( mulut ) dan maksilofasial merujuk kepada kecederaan di kawasan mulut, muka dan rahang. Ini meliputi kecederaan di mana-mana kawasan bertulang atau struktur daging ( isi muka ). Bibir, pipi, lidah atau hidung berkemungkinan terkoyak atau tercalar. Tulang muka, lelangit, soket mata dan rahang bawah berkemungkinan patah, retak atau beralih. Kecederaan yang parah pada kawasan mulut dan maksilofasial boleh menyebabkan masalah untuk bernafas, bercakap dan makan. Kecederaan-kecederaan ini boleh berlaku disebabkan gangguan yang boleh berpunca dari daya fizikal, gangguan objek luaran/asing atau akibat kelecuran. Kecederaan akibat kemalangan jalan raya merupakan penyumbang utama kepada kecederaan ini ( 79.6 % )1. Peringkat umur 20-29 tahun merupakan kumpulan paling banyak terlibat ( 34.5% ) dan lelaki merupakan golongan majoriti terbabit ( nisbah 6:1 berbanding wanita )1. Penunggang motosikal merupakan kumpulan terbesar terlibat dalam kemalangan jalan raya ( 57.95% ), diikuti dengan pemandu kereta ( 8.70% ), penumpang kereta ( 7.36% ), penunggang basikal ( 2.04% ) dan pejalan kaki ( 1.72% )1. Tulang mandibel ( rahang bawah ) merupakan tulang yang paling kerap mengalami fraktur (patah) ( 51.2% )1
Punca
Terdapat banyak faktor penyebab yang mengakibatkan kecederaan mulut dan maksilofasial. Ini termasuklah kemalangan jalan raya ( 79.6% ), perlakuan ganas ( 7.62% ), jatuh ( 6.50% ), kecederaan di tempat kerja ( 2.15% ) dan kecederaan semasa bersukan ( 0.97% )1.
Gejala / Tanda.
Meliputi :-
  • Sakit pada bahagian rahang
  • Luka pada tisu lembut samada pada kulit atau pun di dalam mulut
  • Bengkak
  • Pendarahan
  • Kedudukan tulang yang beralih
  • Pergerakan tulang yang tidak normal
  • Kesukaran untuk mengunyah / makan
  • Rasa sakit apabila disentuh / ditekan
  • Kepatahan gigi atau kesakitan gigi
  • Kehilangan deria rasa pada kawasan yang cedera
  • Bukaan mulut menjadi semakin sempit/kecil
  • Kecederaan mata termasuklah pergerakan mata yang terhad dan gangguan penglihatan
  • Kesukaran bernafas
Komplikasi
Terdapat beberapa komplikasi yang mungkin terjadi sekiranya kecederaan tidak dirawat:-
  • risiko kepada laluan pernafasan
  • pendarahan
  • jangkitan
  • kecacatan bentuk muka
  • hilang upaya menggigit, mengunyah atau menelan dengan baik
  • masalah berkaitan dengan sendi rahang
  • gangguan deria rasa yang kekal pada kawasan yang cedera
  • gangguan fungsi mata yang kekal
Rawatan
Kaedah rawatan bergantung kepada jenis dan tahap kecederaan. Sesetengah rawatan memerlukan pembedahan di mana pesakit perlu dimasukkan ke wad.
Luka tisu lembut:-
  • Luka perlu dibersihkan untuk mengelakkan jangkitan. Luka yang besar memerlukan jahitan. Antibiotik dan ubat penahan sakit akan diberikan untuk membantu proses penyembuhan.

 
Kecederaan tisu lembut.
Dislokasi rahang (rahang teralih) :-
  • Dislokasi rahang boleh dirawat dengan mengembalikan semula ke kedudukan asal. Sejurus selepas itu, pesakit dinasihatkan tidak membuka mulut dengan luas kerana kemungkinan berlaku semula peralihan kedudukan rahang/terkehel
Kepatahan tulang rahang dan muka:-
  • Keretakan atau kepatahan yang minor boleh disembuhkan dengan menghadkan pergerakan untuk satu tempoh masa
  • Kepatahan yang lebih serius memerlukan rawatan yang lebih rumit. Tulang perlu melalui pembedahan dan disambung menggunakan pin-pin logam dan wayar. Penjajaran adalah penting untuk memastikan yang pertemuan tulang adalah betul. Jika tulang tidak ditemukan dengan betul, corak gigitan berubah dan ini boleh menyebabkan gangguan kepada proses pengunyahan makanan dan juga mendatangkan masalah pada sendi rahang.
  • Kepatahan tulang soket mata memerlukan pembedahan sekiranya kepatahan menyebabkan gangguan pada fungsi bebola mata.
 
Kecederaan tulang
Kecederaan gigi:-
  • Satu penilaian teliti perlu dilakukan untuk memastikan perancangan rawatan yang betul dan pencegahan jangkitan. Gigi yang terkeluar dari soket boleh di’tanam semula’ sekiranya gigi terbabit ditangani dengan betul dan diimplan / ditanam semula ke dalam soket gigi dalam tempoh satu jam. Gigi terbabit harus dipegang pada bahagian kepala gigi dan bukan bahagian akarnya dan disimpan di dalam bekas berisi susu, salina normal atau cecair kanta sesentuh. Tempat terbaik untuk menyimpan sementara gigi terbabit adalah di dalam mulut.
  • Gigi yang patah mungkin boleh diselamatkan dengan kaedah penampalan gigi atau rawatan akar tetapi gigi yang mengalami kecederaan yang teruk mungkin memerlukan cabutan.

 
Kecederaan Gigi
Kelecuran:-
  • Untuk kelecuran yang sedikit, letakkan bahagian yang terkena panas pada air paip yang mengalir atau tuam pada kawasan terbabit dengan tuala sejuk.
  • Untuk kelecuran yang serius, pesakit perlu dibawa ke hospital untuk rawatan.
Pencegahan
  • Dengan meningkatkan tahap kesedaran orang ramai terhadap keselamatan di jalan raya dan kecederaan mulut dan maksilofasial khususnya.
  1. Dengan menguatkuasakan penggunaan tali pinggang keledar, beg udara, kerusi keselamatan kanak-kanak dan topi keledar untuk menunggang motosikal atau basikal
  2. Dengan mempraktikkan penggunaan penyengkang mulut / mouthguard, pelindung muka dan cermin mata keselamatan.
Rehabilitasi
  • Pembedahan semula parut boleh dilakukan untuk memperbaiki parut
  1. Pemulihan gigi boleh dilakukan untuk menggantikan gigi yang rosak atau telah dicabut
  2. Kecacatan muka akibat kecederaan boleh dilakukan melalui kaedah pembedahan
  3. Pemulihan secara fisioterapi boleh dilakukan untuk meningkatkan keupayaan bukaan mulut.
Organisasi:
  • Malaysian Association of Oral and Maxillofacial Surgeon.
  • Malaysian Dental Council.
  • Malaysian Dental Association.
Diambil dari laman web Kementerian Kesihatan Malaysia

Jenis-jenis kecederaan


§  KECEDERAAN TISU LEMBUT

Tisu lembut dalam badan merangkumi kulit, salur darah, saraf otot, tendon, ligament, kelenjar dan lapisan yang melindungi organ-organ dalam tubuh. Kekejangan otot adalah kesakitan yang dialami pada otot-otot besar. Keadaan ini disebabkan mekanisma penguncupan otot agonis-antigonis yang tidak seiring dan berlaku dalam jangka masa yang lama. Faktor utama yang menyebabkan kekejangan otot dehidrasi, kelesuan kronik dan hentakan atau pukulan keatas otot-otot. Kekejangan otot boleh diatasi secara melakukan regangan statik. Sekiranya kesakitan masih berterusan, hentikan regangan dan tamatkan perlakuan aktiviti kerana otot tersebut boleh mengalami kecederaan lain akibat komplikasi.
§  
KETEGANGAN OTOT

Ketegangan otot berlaku apabila fiber-fiber otot mengalami kecederaan. Ketegangan otot adalah hasil mekanisme badan melindungi otot-otot tersebut daripada kecederaan yang lebih kronik. Otot hamstring ialah otot yang kerap mengalami kekejangan. Ketegangan biasanya melibatkan koyakan pada fiber otot. Ketegangan otot yang ringan mengakibatkan kesakitan yang amat sangat jika terus bergerak aktif. Ketegangan yang lebih serius boleh mengakibatkan pendarahan dalam sehingga kita langsung tidak dapat menggerakkan bahagian anggota yang mengalami ketegangan tersebut.
§  
SENGAL OTOT

Sengal otot ialah fenomena biasa yang dialami jika kita melakukan aktiviti fizikal berintensiti tinggi ketika tahap kecergasan masih rendah. Kencederungan mengalami sengal otot berkadar terus dengan faktor umur. Menifestasi sengal otot ialah kesakitan yang keterlaluan, diikuti dengan kelesuan. Keadaan ini boleh dialami sejurus melakukan aktiviti fizikal. Rasa salit ini boleh tertangguh sehingga selepas 12 jam melakukan aktiviti fizikal. Sengal otot berlaku disebabkan koyakan kecil pada fiber otot, dan sebagai sampingan akibat kekurangan bekalan oksigen ke otot semasa beraktiviti. Kecederaan ini dapat dielakkan dengan melakukan aktiviti pada intensiti yang bersesuaian dengan tahap kecergasan individu.


§  LUKA

Boleh melibatkan kecederaan di peringkat luar kulit dan dalam (dihiris atau dipotong oleh tulang yang patah) kulit. Jenis-jenis luka terdiri daripada abrasi (cakaran pada permukaan kulit) potongan (terkena objek tajam) dan tebukan ( ditebuk oleh objek yang tajam seperti paku) luka tebukan adalah dalam dan boleh mengakibatkan kerosakan salur darah yang serius. Pemerhatian kepada langkah-langkah keselamatan semasa beraktiviti adalah cara terbaik untuk memelihara diri daripada mengalami luka.

§  LEBAM AKIBAT KONTUSI

Kontusi merujuk kepada hentakan terus objek ke atas permukaan luar atau tisu anggota. Sekiranya hentakan kuat, kapilari darah boleh pecah dan darah terkumpul ditempat hentakan itu. Warna biru gelap akan terbentuk di kawasan kulit sebagai tanda pendarahan dalam yang berlaku. Sekiranya tempat yang sama menerima hentakan berulang kali, menandakan kalsium akan terbentuk di kawasan tersebut. Struktur anggota yang terlibat kelak menemui kesukaran untuk bergerak. Kaedah pencegahan kontusi yang berkesan ialah secara melindungi bahagian-bahagian berisiko tinggi dengan penggunaan pad seperti di siku dan lutut.

§  KECEDERAAN TISU KERAS

Tisu keras melibatkan semua tulang dan sendi badan. Fraktur tulang biasanya disebabkan oleh stress yang tinggi dialami tulang tersebut. Tulang panjang, seperti humerus dan femur boleh mengambil masa lebih kurang 6 minggu untuk sembuh daripada fraktur. Sementara rulang-tulang kecil memerlukan tempoh untuk 3-4 minggu untuk sembuh. Kaedah simen adalah teknik rawatan yang biasa untuk mengelakkan mobiliti pada tulang yang mengalami fraktur. Sebaik berakhir rawatan simen atau plaster, bahagian tulang yang telah sembuh perlu diaplikasikan latihan beban isometrik bagi tujuan rehabilitasi.

§  DISLOKASI

Dislokasi berlaku apabila hujung tulang yang membentuk sendi tercabut atau terkeluar daripada tempat lekatannya. Tisu-tisu lembut seperti otot, ligament, tendon dan salur darah akan mengalami kecederaan apabila dislokasi berlaku. Kecederaan ini sering berlaku di bahagian sendi bahu. Rehat aktif digalakkan bagi atlet yang mengalami kecederaan ini. Tahap kecergasan yang tinggi serta penguasaan teknik kemahiran yang mantap adalah kaedah pencegahan dislokasi yang paling berkesan.



§  KECEDERAAN KEPALA

Konkusi berlaku apabila atlet mengalami hentakan di bahagian kepala. Kecederaan ini menyebabkan trauma otak dan koma bagi kes-kes yang kronik. Konkusi biasanya berlaku dalam sukan kontak seperti ragbi, bola sepak, tinju dan sukan-sukan tempur. Atlet yang mengalami konkusi biasanya mempamer simtom loya dan hilang imbangan seketika. Dalam keadaan tertentu, amnesia (hilang ingatan) boleh berlaku untuk tempoh yang singkat. Selain pengsan, tanda-tanda fizikal konkusi biasanya tidak jelas kelihatan dan mangsa mesti dirujuk kepada pakar perubatan dengan kadar segera. Atlet yang mengalami konkusi mesti direhatkan untuk satu tempoh spesifik yang ditetapkan atas nasihat pakar perubatan. Konkusi turut di kelaskan sebagai kemalangan. Oleh itu, perhatian maksimum terhadap langkah-langkah keselamatan semasa bersukan adalah langkah pencegahan yang paling berkesan.

Monday 20 May 2013

Aktiviti Energetic Semester 1


Penyertaan kali pertama Energetic dalam Sukan Massa - Bola Keranjang.
Yang menariknya, hanya Melvina Chong pemain bola keranjang. 
Selebihnya merupakan penglibatan kali pertama dalam sukan ini.



Walaupun cuma diwakili oleh pemain-pemain yang pertama kali bermain, 
Energetic masih mampu meraih pingat dalam Sukan Massa UMS. 


Trofi pemenang diserahkan kepada Miss Stephanie Chok.


Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Energetic vs IPG Tawau


 Perlawanan Persahabatan Bola Baling Energetic vs IPG Tawau



Aktiviti Menyejukkan Badan Juga PENTING!

Kita mungkin cuma beranggapan, sebelum melakukan aktiviti fizikal, perlu mengadakan 'Warming Up'.
Kita juga mungkin terlupa sesi 'Cooling Down' juga sebenarnya penting setelah tamat aktiviti fizikal.
Hal ini termasuklah selepas melakukan aktiviti di gym mahupun senamrobik.






Ø     Aktiviti menyejukkan badan bertujuan untuk mengembalikan fungsi fisiologi ke paras normal secara progresif. Proses menyejukkan badan melibatkan dua fasa utama iaitu rengangan dan aktiviti berintensiti rendah.

Ø     Aktiviti regangan semasa menyejukkan badan dapat mengurangkan kelesuan otot dan juga meningkatkan fleksibiliti otot, tendon dan ligamen. Hal ini kerana, suhu dalaman masih tinggi sebaik sahaja selesai melakukan aktiviti fizikal.

Ø     Aktiviti menyejukkan badan juga membantu percepatkan pengedaran darah ke jantung, serta mengembalikan darah yang telah dipamkan oleh jantung ke hujung anggota badan seperti kaki dan tangan selepas beraksi.

Sekiranya kita berhenti secara serta merta setelah satu sesi aktiviti yang berintensiti tinggi, pengumpulan darah (blood pooling) akan terbentuk pada sistem otot. Situasi ini menurunkan tekanan darah dan boleh mengakibatkan pening, loya atau mungkin pengsan.


Aktiviti Memanaskan Badan adalah PENTING!


Kerap kali atlet atau pelajar menjalani latihan tanpa memanaskan badan dengan betul. Ini sepatutnya dielakkan kerana kesilapan meninggalkan aktiviti memanaskan badan atau memanaskan badan 'ala kadar' sahaja akan mengakibatkan pelbagai masalah kepada individu sama ada dalam jangka masa pendek mahupun panjang. INGAT!




Ø  Aktiviti memanaskan badan adalah langkah paling awal untuk mengelakkan kecederaan sukan. Memanaskan badan penting dilakukan sebelum mula melakukan sesuatu aktiviti fizikal atau pertandingan kerana bermanfaat kepada persediaan fizikal dam mental atlet.

Ø  Antara tujuan memanaskan badan ialah bagi meningkatkan suhu badan dan suhu dalam otot. Dengan melakukan aktiviti ini ketegangan dalam otot berkurangan untuk menjadikan oto itu berkeadaan relaks. Keadaan ini memudahkan pergerakan eksplosif, seperti menendang bola dan belari pecut. Aksi-aksi tersebut melibatkan penguncupan kumpulan otot besar dalam tempoh yang singkat, di susuli dengan regangan maksimum otot-otot tersebut.

Ø   Aktiviti memanaskan badan dengan peningkatan intensiti pergerakan dan juga akan memudahkan adaptasi fungsi jantung, paru-paru dan saluran darah terhadap peningkatan kadar kerja yang berlaku ketika bersukan.

Ø  Proses penyesuaian begini mengurangkan tekanan (Stress) kepada metabolisme fisiologi yang melibatkan struktur-struktur tesebut. Reaksi enzim juga dapat dipercepatkan ketika suhu badan tinggi. Keadaan ini boleh melengahkan pembentukan asid laktik dalam darah. Dari aspek psikologi, atlet yang melakukan aktiviti memanaskan badan yang cukup biasanya merasa lebih yakin ketika hendak bertanding.

Ø   Semasa pertandingan, atlet juga berpeluang melakukan raptai pergerakan sebelum melakukan dalam situasi sebenar.


Bahagian Kepala 

Pergerakan hyperextension
·         Pergerakan yang dilakukan dengan mendongakkan kepala ke atas dan
      jari-jari tangan menyokong di bahagian mandible
·         Pergerakan ini melibatkan otot sternocleidomastoid dan otot trapizius
·         Sendi yang terlibat ialah sendi synovial ( sendi paksi/ putar )
·         Tulang yang terlibat ialah skull/cranium


Pergerakan flexsion
·         Pergerakan yang dilakukan dengan menundukkan kepala ke bawah dengan tangan        menekan kepala dari atas
·         Pergerakan ini juga melibatkan otot sternocleidomastoid dan otot trapizius
·         Sendi yang terlibat di bahagian ini ialah sendi synovial (sendi paksi/ putar)
·         Tulang yang terlibat ialah tulang di bahagian skull/cranium

Pergerakan rotation
·         Pergerakan yang dilakukan dimana kepala dipusingkan ke bahagian kiri dan kanan dengan tangan sedikit menolak di bahagian maxilla
·         Otot yang terlibat dalam pergerakan ini ialah otot sternocleidomastoid dan otot masseter
·         Pergerakan ini melibatkan sendi synovial ( sendi paksi/ putar )
·         Tulang yang terlibat ialah tulang maxilla dan mandible 

Pergerakan circumduction
·         Pergerakan yang dilakukan dengan memusingkan kepala dengan menggunakan sendi putar/paksi
·         Melibatkan otot trapiziuz dan sternocleidomastoid

Bahagian Tangan Dan Bahu
·         Pergelangan tangan digerakkan ke atas dan ke bawah
·         Pergerakan ini adalah seperti pergerakan extension dan flexsion
·         Sendi yang terlibat dalam pergerakan ini adalah sendi kandiloid
·         Pergerakan ini melibatkan tulang carpus dan metacarpus

Pergerakan lengan ke arah dada
·         Bahagian tulang humerus dirapatkan ke bahagian dada
·         Sendi yang terlibat ialah sendi lesung

Pergerakan membengkokkan lengan di belakang cranium
·         Melibatkan tulang humerus, radius dan ulna
·         Otot yang terlibat dalam pergerakan ini ialah otot triceps. Pergerakan ini akan menyebabkan otot triceps mengendur
Sendi yang terlibat dalam pergerakan ini ialah sendi di bahagian bahu iaitu sendi lesung.


Bantu Mula Yang Mudah :)

Terdapat 5 pengurusan kecederaan yang dapat digunakan dalam mengatasi atau merawat kecederaan


  • TOTAPS
  • DR.ABC
  • RICE
  • HARM
  • TERAPI KECEDERAAN SUKAN
Jadi, apakah yang dimaksudkan dengan kesemua tersebut?

T.O.T.A.P.S
DR.ABC 
  

R.I.C.E
   Akronim RICE merujuk kepada perkataan-perkataan rest, ice, compression dan
   elavation. Jadual dibawah menunjukkan maksud RICE dalam kontaks pengurusan
   kecederaan. Kaedah bantu mula Rice adalah bertujuan untuk:

•     Mencegah tisu-tisu lembut lain daripada mengalami kecederaan.
•     Mengurangkan kesakitan yang dialami.
•     Mengurangkan bengkak.
•     Mengekalkan kecergasan sementara merawat bahagian yang cedera.
•     Mengembalikan keyakinan mangsa terhadap bahagian yang tercedera.
•     Mencegah berlaku semula kecederaan yang sama
  Pengurusan RICE ini sesuai untuk kecederaan sukan seperti terseliuh, dislokasi,      hentakan, sengal, retak dan kontusi, ketegangan dan kekejangan otot.

REST
-      Atlit yang cedera harus direhatkan. Sebarang pergerakan ditempat yang cedera akan mengakibatkan peredaran darah meningkat atau berterusan dan ini akan memburukkan lagi keadaan kecederaan.

ICE
-         Ais yang dibalut dengan kain atau plastik didemah ke atas tempat yang cedera. Kecederaan yang tidak melibatkan luka terbuka sesuai diberikan rawatan ini. Jangan benarkan penggunaan ais secara terus ke atas tempat cedera kerana akan mengakibatkan ice-burn dan mematikan sel-sel di sekeliling tempat yang cedera. Demahan ais ini membantu menurunkan suhu tisu dan sel yang telah mengalami kecederan dan dapat memulihkan sel yang rosak dengan lebih cepat.

COMPRESSION
-       Bahagian yang cedera harus dibalut untuk mengelakkan bengkak yang keterlaluan.

ELEVATION
-    Meninggikan bahagian yang cedera bagi tujuan memudahkan dan mempercepatkan pengembalian darah ke jantung. Hal ini akan mengurangkan pendarahan terhadap tempat yang cedera. Bahagian yang luka harus lebih tinggi daripada paras jantung.


HARM
 • Kecederaan jenis tisu lembut, elakkan dari faktor berikut
  •  HEAT - menambah pendarahan. 
  • ALCOHOL - mengakibatkan bengkak bertambah. 
  • RUNNING - mengakibatkan kecederaan bertambah.
  • MASSAGE - dalam 48-72 jam pertama menambahkan pendarahan dan bengkak.


TERAPI KECEDERAAN SUKAN 
 Rehabilitasi atau pemulihan seseorang atlet yang cedera biasanya diuruskan oleh seorang ahli
fisioterapi atas arahan pakar perubatan. Kecederaan kronik yang dialami sendi dan otot tidak
boleh dipulihkan melalui rehat sahaja. Atlet yang cedera perlu manjalankan rawatan pemulihan
atau rehabilitasi untuk mengembalikan fungsi bahagian yang cedera itu kepada keadaan asal.

Antara fungsi rehabilitasi ialah:

a) Menguatkan otot, ligament dan tendon yang telah pulih dari kecederaan.
b) Memulihkan tahap kecergasan atlit ke keadaan asal.
c) Meningkatkan julat pergerakan an kestabilan sendi dan otot.
d) Mengembalikan keyakinan atlit terhadap keupayaannya.

Fisioterapi ialah kaedah rawatan yang dijalankan oleh ahli fisioterapi yang terlatih di atas arahan pakar perubatan. Objektif utama fisioterapi yang terlatih di atas arahan pakar perubatan. Objektif utama fisioterapi sukan ialah membantu mempecepatkan kadar penyembuhan sesuatu kecederaan sukan. Matlamat proses fisioterapi ialah untuk membantu atlit yang cedera kembali ke kecergasan yang optimum supaya mampu untuk beraksi dan menjalani sesi latihan. Antara teknik fisioterapi yang biasa dilakukan untuk tujuan ini ialah:

Elektroterapi, iaitu penggunaan beberapa alatan elektronik yang sesuai ke atas otot atau sendi yang cedera. Terapi ini bertujuan merangsang proses peredaran darah ke tempat yang cedera. Contoh elektroterapi ialah teknik ultrasound, shortwave diathermy dan terapi laser.

Hidroterapi, iaitu teknik rehabilitasi yang menggunakan air untuk memulihkan
kecederaan. Air berfungsi menyokong berat badan melalui terapi ini, atlet yang cedera
boleh meneruskan latihan kecergasan dengan bantuan daya apungan air. Keadaan ini
dapat menghilangkan daya hentakan yang boleh dialami atlet.

Terapi haba ialah teknik yang diaplikasikan ke atas kecederaan yang tidak melibatkan
luka terbuka. Pelaksanaan terapi ini harus sentiasa dipantau agar darjah kepanasan
terapi tidak menjadi terlalu tinggi sehingga membakar tisu atau sel-sel yang dirawat.
Terapi haba dapat meningkatkan kadar relaksasi otot dan mengurangkan kesakitan
pada bahagian yang cedera. Kelebihan terapi haba ialah peningkatan peredaran darah
ke kawasan yang cedera. Mekanisma ini membolehkan lebih banyak pembekalan
nutrient dan oksigen untuk tujuan pembaikan kerosakan tisu dan sel, disamping
mengangkut hasil buangan seperti karbon diokida daripada tisu dan sel terebut.

Urutan sukan termasuk sebagai bentuk rawatan kecederaan sukan yang diaplikasikan kepada otot-otot tetentu. Aktiviti mengurut digalakkan hanya setelah kita kenal pasti tiada faktor-faktor kontradikasi seperti kecederaan akut, luka, patah dan demam panas.