Kerap kali atlet atau pelajar menjalani latihan tanpa memanaskan badan dengan betul. Ini sepatutnya dielakkan kerana kesilapan meninggalkan aktiviti memanaskan badan atau memanaskan badan 'ala kadar' sahaja akan mengakibatkan pelbagai masalah kepada individu sama ada dalam jangka masa pendek mahupun panjang. INGAT!
Ø Aktiviti memanaskan badan adalah
langkah paling awal untuk mengelakkan kecederaan sukan. Memanaskan badan
penting dilakukan sebelum mula melakukan sesuatu aktiviti fizikal atau
pertandingan kerana bermanfaat kepada persediaan fizikal dam mental atlet.
Ø Antara tujuan memanaskan badan ialah
bagi meningkatkan suhu badan dan suhu dalam otot. Dengan melakukan aktiviti ini
ketegangan dalam otot berkurangan untuk menjadikan oto itu berkeadaan relaks.
Keadaan ini memudahkan pergerakan eksplosif, seperti menendang bola dan belari
pecut. Aksi-aksi tersebut melibatkan penguncupan kumpulan otot besar dalam
tempoh yang singkat, di susuli dengan regangan maksimum otot-otot tersebut.
Ø Aktiviti memanaskan badan dengan peningkatan
intensiti pergerakan dan juga akan memudahkan adaptasi fungsi jantung,
paru-paru dan saluran darah terhadap peningkatan kadar kerja yang berlaku
ketika bersukan.
Ø Proses penyesuaian begini
mengurangkan tekanan (Stress) kepada metabolisme fisiologi yang melibatkan
struktur-struktur tesebut. Reaksi enzim juga dapat dipercepatkan ketika suhu
badan tinggi. Keadaan ini boleh melengahkan pembentukan asid laktik dalam
darah. Dari aspek psikologi, atlet yang melakukan aktiviti memanaskan badan
yang cukup biasanya merasa lebih yakin ketika hendak bertanding.
Ø Semasa pertandingan, atlet juga berpeluang
melakukan raptai pergerakan sebelum melakukan dalam situasi sebenar.
Bahagian Kepala
Pergerakan hyperextension
Pergerakan hyperextension
·
Pergerakan
yang dilakukan dengan mendongakkan kepala ke atas dan
jari-jari tangan menyokong di bahagian mandible
jari-jari tangan menyokong di bahagian mandible
·
Pergerakan
ini melibatkan otot sternocleidomastoid dan otot trapizius
·
Sendi
yang terlibat ialah sendi synovial ( sendi paksi/ putar )
·
Tulang
yang terlibat ialah skull/cranium
Pergerakan flexsion
·
Pergerakan
yang dilakukan dengan menundukkan kepala ke bawah dengan tangan menekan kepala dari atas
·
Pergerakan
ini juga melibatkan otot sternocleidomastoid dan otot trapizius
·
Sendi
yang terlibat di bahagian ini ialah sendi synovial (sendi paksi/ putar)
·
Tulang
yang terlibat ialah tulang di bahagian skull/cranium
Pergerakan
rotation
·
Pergerakan yang dilakukan dimana kepala dipusingkan
ke bahagian kiri dan kanan dengan tangan sedikit menolak di bahagian maxilla
·
Otot yang terlibat dalam pergerakan ini ialah otot
sternocleidomastoid dan otot masseter
·
Pergerakan ini melibatkan sendi synovial ( sendi
paksi/ putar )
·
Tulang yang terlibat ialah tulang maxilla dan
mandible
Pergerakan
circumduction
·
Pergerakan yang dilakukan dengan memusingkan kepala
dengan menggunakan sendi putar/paksi
·
Melibatkan otot trapiziuz dan sternocleidomastoid
Bahagian
Tangan Dan Bahu
·
Pergelangan tangan digerakkan ke atas dan ke bawah
·
Pergerakan ini adalah seperti pergerakan extension
dan flexsion
·
Sendi yang terlibat dalam pergerakan ini adalah
sendi kandiloid
·
Pergerakan ini melibatkan tulang carpus dan
metacarpus
Pergerakan
lengan ke arah dada
·
Bahagian tulang humerus dirapatkan ke bahagian dada
·
Sendi yang terlibat ialah sendi lesung
Pergerakan membengkokkan lengan di belakang cranium
·
Melibatkan tulang humerus, radius dan ulna
·
Otot yang terlibat dalam pergerakan ini ialah otot
triceps. Pergerakan ini akan menyebabkan otot triceps mengendur
Sendi yang terlibat dalam pergerakan ini ialah sendi di bahagian bahu iaitu sendi lesung.
Sendi yang terlibat dalam pergerakan ini ialah sendi di bahagian bahu iaitu sendi lesung.
No comments:
Post a Comment