#navbar-iframe { height:0px; visibility:hidden; display:none }

Tuesday 16 April 2013

Jenis-jenis kecederaan

1. Luka terbuka


Luka terbuka adalah luka yang melibatkan organ-organ lain dan menyebabkan berlakunya pendarahan yang banyak kerana terpotong pada bahagian salur darah. Selain itu, luka terbuka adalah luka yang dapat dilihat pada permukaan kulit. Individu yang mengalami luka terbuka adalah berisiko dijangkiti kuman. Luka terbuka adalah luka yang disebabkan oleh benda tajam seperti pisau, gunting dan serpihan kaca. Luka adalah senang dirawat dan bercantum semula.

2. Luka tertutup


 Luka tertutup adalah luka yang tidak dapat dilihat pada permukaan kulit dan tidak berlaku pendarahan pada permukaan luar kulit. Pendarahan yang berlaku adalah dalam tosu dan kecan pendarahan tersebut akan menjadi lebam.

3. Luka terhiris


Luka terhiris adalah luka yang disebabkan oleh benda tajam seperti pisau dan serpihan kaca. Luka terhiris adalah senang dirawat dan kadar proses pemulihan adalah cepat.

4. Luka tikaman


Luka tikaman adalah luka yang kecil tetapi dalam seperti tercucuk jarum atau terpijak paku. Walaupun liang permukaan adalah kecil, namun kesan luka yang dalam akan menyebabkan sesetengah tisu menjadi rosak. Individu yang mengalami luka tikaman adalah berisiko menghadapi jangkitan kuman.

5. Luka tembakan


Luka tembakan adalah luka yang disebabkan oleh peluru. Luka tembakan adalah kecil pada permukaan kecederaan tembakan, namun luka tersebut adalah meluas pada ruang keluar. Luka tembakan akan menyebabkan tisu menjadi rosak.

6. Kontusi


Kontusi merukapakan sejenis luka yang tidak kelihatan berlaku pandarahan pada permukaan luar kulit. Pendarahan berlaku di bawah permukaan kulit yang disebabkan oleh pukulan daripada objek keras.

7. Terkehel


Terkehel adalah sebuah luka sendi yang terjadi ketika sebuah sendi berpusing dan tertekan di luar rentang gerak biasanya. Terkehel akan mempengaruhi jaringan lembut di sekitar sendi, ligamen, otot, tendon dan sebagainya. Kesan daripada terkehel ini meliputi rasa sakit, bengkak dan tak boleh bergerak. Bahagian yang paling selalu terkena adalah pergelangan tangan dan pergelangan kaki.

8. Calar-balar
Calar-balar dapat dilihat bila mana saluran darah di bawah kulit telah pecah akibat terjatuh, tergelincir atau berlaga. Calar-balar akan mengalami sedikit pendarahan.
9. Diskolasi
Dislokasi adalah keadaan di mana tulang-tulang yang membentuk sendi tidak lagi berhubungan secara anatomis (bahagian tulang terlepas dari sendi).

 













KECEDERAAN DALAM SUKAN



Apa itu kecederaan sukan atau sport injury ? 


  • Kecederaan sukan merujuk kepada kecederaan yang berlaku semasa bersukan atau bersenam. Bila sebut nama kecederaan sukan, bukan bermaksud untuk mereka yang bermain sukan sahaja, individu yang bersenam di rumah jjuga turut berlaku kecederaan dimasukkan dalam kategori yang sama.
Kenapa berlaku kecederaan? 
  • ianya adalah oleh disebabkan kemalangan ketika bersukan, teknik latihan atau amalan harian yang tidak betul, kejutan pada otot dan sebagainya.
Jenis-jenis kecederaan :
  1. Luka terbuka
  2. Luka tertutup
  3. Luka terhiris
  4. Calar-balar
  5. Kontusi
  6. Diskolasi
  7. Luka terkehel
  8. Luka tembakan
  9. Luka tikaman

Pengenalan

Bismillahirrahmanirrahim.

Ini merupakan post terawal bagi blog kami.
Kami merupakan pelajar Sains Sukan dari Universiti Malaysia Sabah Sesi 2012/2013.
Blog ini merupakan satu tugasan yang perlu dilaksanakan bagi memenuhi syarat kursus ICT Dan Sukan bagi pelajar-pelajar HS20.
Mengikut perancangan awal, kami akan mengepos sebarang hal berkaitan kecederaan dalam sukan dan bantu mula.
Walau bagaimanapun, kami juga akan berkongsi lebih banyak maklumat selain berkaitan kecederaan.
Semoga apa yang kami kongsikan dapat membantu pembaca yang sudi melawat blog ini.

Sekian, terima kasih.