- TOTAPS
- DR.ABC
- RICE
- HARM
- TERAPI KECEDERAAN SUKAN
Jadi, apakah yang dimaksudkan dengan kesemua tersebut?
T.O.T.A.P.S
DR.ABC R.I.C.EAkronim RICE merujuk kepada perkataan-perkataan rest, ice, compression dan
elavation. Jadual dibawah menunjukkan
maksud RICE dalam kontaks pengurusan
kecederaan. Kaedah bantu mula Rice
adalah bertujuan untuk:
• Mencegah tisu-tisu lembut lain daripada mengalami kecederaan.
• Mengurangkan kesakitan yang dialami.
• Mengurangkan bengkak.
• Mengekalkan kecergasan sementara merawat bahagian yang cedera.
• Mengembalikan keyakinan mangsa terhadap bahagian yang tercedera.
• Mencegah berlaku semula kecederaan yang
sama
Pengurusan RICE ini sesuai untuk
kecederaan sukan seperti terseliuh, dislokasi, hentakan, sengal, retak dan
kontusi, ketegangan dan kekejangan otot.
REST
- Atlit
yang cedera harus direhatkan. Sebarang pergerakan ditempat yang cedera akan
mengakibatkan peredaran darah meningkat atau berterusan dan ini akan
memburukkan lagi keadaan kecederaan.
ICE
- Ais
yang dibalut dengan kain atau plastik didemah ke atas tempat yang cedera.
Kecederaan yang tidak melibatkan luka terbuka sesuai diberikan rawatan ini.
Jangan benarkan penggunaan ais secara terus ke atas tempat cedera kerana akan
mengakibatkan ice-burn dan mematikan sel-sel di sekeliling tempat yang cedera.
Demahan ais ini membantu menurunkan suhu tisu dan sel yang telah mengalami
kecederan dan dapat memulihkan sel yang rosak dengan lebih cepat.
COMPRESSION
- Bahagian
yang cedera harus dibalut untuk mengelakkan bengkak yang keterlaluan.
ELEVATION
- Meninggikan
bahagian yang cedera bagi tujuan memudahkan dan mempercepatkan pengembalian
darah ke jantung. Hal ini akan mengurangkan pendarahan terhadap tempat yang
cedera. Bahagian yang luka harus lebih tinggi daripada paras jantung.
HARM• Kecederaan jenis tisu lembut, elakkan dari faktor berikut
TERAPI KECEDERAAN SUKANRehabilitasi atau pemulihan seseorang atlet yang cedera biasanya diuruskan oleh seorang ahli
fisioterapi atas arahan pakar
perubatan. Kecederaan kronik yang dialami sendi dan otot tidak
boleh dipulihkan melalui rehat
sahaja. Atlet yang cedera perlu manjalankan rawatan pemulihan
atau rehabilitasi untuk mengembalikan
fungsi bahagian yang cedera itu kepada keadaan asal.
Antara fungsi rehabilitasi ialah:
a) Menguatkan otot, ligament dan
tendon yang telah pulih dari kecederaan.
b) Memulihkan tahap kecergasan atlit
ke keadaan asal.
c) Meningkatkan julat pergerakan an
kestabilan sendi dan otot.
d) Mengembalikan keyakinan atlit
terhadap keupayaannya.
Fisioterapi ialah kaedah rawatan yang
dijalankan oleh ahli fisioterapi yang terlatih di atas arahan pakar perubatan.
Objektif utama fisioterapi yang terlatih di atas arahan pakar perubatan.
Objektif utama fisioterapi sukan ialah membantu mempecepatkan kadar penyembuhan
sesuatu kecederaan sukan. Matlamat proses fisioterapi ialah untuk membantu
atlit yang cedera kembali ke kecergasan yang optimum supaya mampu untuk beraksi
dan menjalani sesi latihan. Antara teknik fisioterapi yang biasa dilakukan
untuk tujuan ini ialah:
• Elektroterapi, iaitu penggunaan beberapa alatan elektronik yang
sesuai ke atas otot atau sendi yang cedera. Terapi ini bertujuan merangsang
proses peredaran darah ke tempat yang cedera. Contoh elektroterapi ialah teknik
ultrasound, shortwave diathermy dan terapi laser.
•
Hidroterapi, iaitu teknik rehabilitasi yang menggunakan air untuk
memulihkan
kecederaan. Air berfungsi menyokong
berat badan melalui terapi ini, atlet yang cedera
boleh meneruskan latihan kecergasan
dengan bantuan daya apungan air. Keadaan ini
dapat menghilangkan daya hentakan yang
boleh dialami atlet.
• Terapi haba ialah teknik yang diaplikasikan ke atas kecederaan yang
tidak melibatkan
luka terbuka. Pelaksanaan terapi ini
harus sentiasa dipantau agar darjah kepanasan
terapi tidak menjadi terlalu tinggi
sehingga membakar tisu atau sel-sel yang dirawat.
Terapi haba dapat meningkatkan kadar
relaksasi otot dan mengurangkan kesakitan
pada bahagian yang cedera. Kelebihan
terapi haba ialah peningkatan peredaran darah
ke kawasan yang cedera. Mekanisma ini
membolehkan lebih banyak pembekalan
nutrient dan oksigen untuk tujuan
pembaikan kerosakan tisu dan sel, disamping
mengangkut hasil buangan seperti
karbon diokida daripada tisu dan sel terebut.
• Urutan sukan termasuk sebagai bentuk rawatan kecederaan sukan yang
diaplikasikan kepada otot-otot tetentu. Aktiviti mengurut digalakkan hanya
setelah kita kenal pasti tiada faktor-faktor kontradikasi seperti kecederaan
akut, luka, patah dan demam panas.
|
|
tq..mmbntu utk buat artikel mgnai kecederaan dalam sukan.. :D
ReplyDeleteGgggrrrrrr
ReplyDelete